Pengalaman makan Chia seed

Assalamualaikum gaizz :)

Lama bebenor dah tak bukak blog nih. ada beberapa perubahan dah buat kat blog ni dimana post-post zaman jahiliah dulu sume dah kena delete. haha, bila baca nampak sangat perangai tak matang gitu dalam penulisan.

ok, back on track. harini nak cerita pengalaman 4 hari, esok nak masuk 5 hari dah guna chia seed. kalau nak tau kelebihan cia seed hampa pakat2 boleh google nah. chia seed ni memang dikenali dengan nama superfood. sebab apa? sebab banyak khasiat2 yang dapat diperolehi dengan pengambilan chia seed ni. meh nak tunjuk rupa chia seed nih.

CHIA SEED *sumber google*

Chia seed nih berbeza skali dengan biji selasih. tolong la jangan nak samakan. haha. rupa agak sama, tp bezanya chia seed ni ada 3 kaler, hitam, kelabu dengan putih, manakala bijik selasih pulak kaler hitam je suma. so lenkali nak beli tengok dulu 3 campuran warna tu, jangan tertipu ok.

pernah baca pengalaman org yang guna chia seed nih, meh nak share sikit:
1) mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
2) fight cancer (ni memang ada pengalaman dalam beberapa blog, depa consume chia seed ni dan dalam beberapa bulan nampak positive feedback terhadap kanser depa, hampa boleh pi google)
3) ada yang cakap chia seed ni boleh cantikkan kulit sebab kita akan nyahkan toksik dari badan dengan pengambilan chia seed ni
4) membantu pencernaan dalam badan ( senang buang air besar dan air kecil)
dan lain lain lagi. hampa google la. kami malaih nak copy paste. haha

tapi berdasarkan pengalaman kami sepanjang 4 hari nak masuk 5 hari ni, kesan ketara yang kami dapat ialah kami tak mudah rasa lapaq. makan la lambat mcm mana pun, kadang2 tu pi dapur siapkan makan sebab dok fikir, "aish, aku tak makan lagi malam ni" bukannya sebab lapar. dan pengambilan chia seed ni ikut org jugak, ramai yang suggest suruh makan sikit2 dulu pastu tingkatkan pengambilan chia seed ni. tapi ikut saranan ada yang suggest makan 2 sudu sehari, jadi kami pun amalkan pagi lepas brekfes 1 sudu, satgi malam sebelum tidoq makan lagi 1 sudu. bancuh dalam air suam, kacau2 bagi kembang pastu telan terus ayaq secawan tu. ada jugak yang makan sesudu sehari. dan yang pasti tolong minum ayaq banyak2 tau, sebab chia seed ni tadi akan mengembang bila masuk dalam ayaq, so bila kita minum, takut chia seed tu amek air2 yang ada dlm badan, so kita boleh dehydrate, jadi pastikan minum banyak air.

dapnyaaa letak lemonnn :)
dan kesan paling ketara skali, senang sangat la nak membuang air besar, malam2 sebelum tido konfem buang air besar. jadi chia seed ni sangat bagus untuk sistem pencernaan. dan kami tak sabar nak tengok perubahan2 lain dalam diri contohnya dapat kawal lagi selera makan, dan dapatkan kulit yg mulus mulus. harap terus istiqomah la makan, setakat ni tak pernah fail hari2 2 sudu. so, gaizzz.. boleh la try consume chia seed ni ok. heshtag ja kat instagram, ramai dah orang yang jual.

ok, itu je entry kali ni. ketemuk lagi. bye :)



CONVERSATION

2 People Adore Munirah:

Unknown said...

Assalamualaikum sis, nak tanya klw kita amalkan Chia seed nie boleh ke amlkan makan vitamin c jgk,

ZachSaMe said...

kalau nak sihat, kena makan chia seed ni lol memang banyak manfaat chia seed ini untuk kesihatan

Back
to top